Entri kali ni aku nak share serba sedikit pengalaman aku ke Tanah Suci. Aku hanya nak share generally pengalaman aku, tiada kaitan nak menunjuk atau riak tau. Jangan ada yang salah paham pulak bila baca tajuk entri ni. Hopefully lepas aku share ni, dapat memberi serba sedikit idea kepada sesiapa yang akan pergi melaksanakan umrah lepasni eh. In syaa Allah.
Alhamdulillah aku dan mak ayah aku diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, sesungguhnya itu semua atas keizinan Yang Maha Esa. Ok, first thing first kami menggunakan perkhidmatan dari agensi umrah yang aku pasti telah dikenali seluruh Malaysia. Alhamdulillah agensi ni memberi perkhidmatan yang sangat baik. Tiket flight semua dia bagi waktu hari kejadian di KLIA since tak mahu ada kes hilang ke kan. Sebelum tiba hari yang ditunggu, kami sekeluarga membuat persiapan untuk ke sana seperti barang-barang untuk melaksanakan umrah serta ibadah disana nanti. Kalau boleh tak mahu ada yang tertinggal. Persiapan ke Tanah Suci bukan sahaja pada barangan malah persiapan mental, fizikal, jasmani dan rohani. Seluruhnya kena bersiap since kita ke sana bukan macam pergi bercuti. Kita ke sana untuk beribadah serta mencari keredhaan Allah SWT.
Penerbangan kami ke Jeddah dulu. Pada hari tersebut, kami diminta untuk daftar beg yang ingin dibawa masuk ke perut kapal. Lepastu, mutawif ada memberi serba sedikit penerangan sebelum naik flight dan pada masa yang sama, agensi tersebut ada memberi sedikit buah tangan untuk dibawa naik ke flight dan memberi passport serta tiket flight kepada semua jemaah. Selang beberapa minit, kami sekeluarga terus bergegas ke Pintu C4 untuk boarding. Selesai mengambil tempat, terus rehatkan diri sambil dengar lah ayat-ayat suci al-Quran. Dalam flight tu dia ada monitor untuk kita tengok movie ke dengar lagu ke. Tapi sebaiknya dengar ayat-ayat suci al-Quran lah sebab kita nak pergi beribadah kan.
Perjalanan KLIA - Jeddah sangat lama, lebih kurang dalam 8 jam penerbangan. Sampai kat Jeddah masa tu dah pagi. Di Jeddah ni, ada cerita nak verify passport tu sangat lama tapi rombongan kami alhamdulillah dipermudahkan urusan tu. Sekejap sahaja, syukur. Banyakkan berdoa in syaa Allah semuanya lancar. Lepastu, perjalanan kami ke Madinah dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 4 jam. Masa kami ke Madinah tu, waktu tu sejuk kat sana. Sangaaat. Since kami sampai Jeddah pagi dan dah nak masuk Subuh pun. Jadi, mutawif kami kata kami akan berhenti sekejap dalam perjalanan nanti untuk solat jamak Maghrib dan Isyak serta makan. Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke Madinah. Sampai shj di Madinah, terus check in hotel dan rehat. Kami solat Subuh di hotel. Pengalaman berada di Madinah sangat best walaupun sejuknya hanya Allah yang tahu huhu. Orang Arab Madinah sangat friendly. Alhamdulillah hotel dgn Masjid Nabawi tak jauh mana pun. Pergi masjid dgn keluarga jalan kaki, setiap kali pergi masjid memang jalan kaki since tak jauh alhamdulillah. Selalunya aku akan pergi dgn mak aku since kami dua je perempuan dalam keluarga and lagi satu sebab mak aku kaki tak kuat sangat, so dia perlukan aku. Indah sangat Masjid Nabawi. Kami dibawa ziarah luar dan dalam Madinah. Kami di Madinah dalam 4-5 hari je.
Pada hari untuk ke Tanah Suci Mekah, kami bersiap mandi sunat ihram dan seterusnya mutawif bawa kami berniat ihram di miqat. Selepas tu, kami terus menuju ke Mekah untuk membuat umrah pertama kami. Setiba je di hotel dalam pukul 10 malam, terus check in. Mutawif bagi kami rehat sekejap shj since semua dalam keadaan ihram kan. Lepastu, mutawif menunjukkan kami jalan untuk ke Masjidil Haram. Kami masuk ke dalam masjid melalui pintu King Fahd. Masuk pintu tu, keluar pun kalau boleh pintu tu supaya tak sesat. Mutawif bawa kami membuat tawaf di bahagian atas mungkin disebabkan bahagian bawah sudah ramai sangat. Maka bermulalah umrah kami dengan tawaf, seterusnya kami ke bahagian Sa'ie dan seterusnya bertahalul. Kemudian selesai lah umrah wajib kami dalam pukul 2/3 pagi waktu tu. Memang mengambil masa lama tapi alhamdulillah, pengalaman yang takkan dilupakan. Sepertimana di Madinah, di Mekah juga kami dibawa ziarah luar dan dalam Mekah. Mengikut agensi umrah kami, kami digalakkan melakukan 2/3 umrah sunat. Alhamdulillah setakat ni kami dapat ikut. Kami berpeluang solat di Masjidil Haram, masyaAllah hanya Allah tahu perasaan berada di sana.
Ok, sesiapa yang teringin nak beli barang di sana, aku cadangkan korang beli di Madinah since aku rasa harga dia murah lagi dan penjualnya friendly :)
|
Banyak betul burung kat Mekah |
|
Menara jam di Mekah, berdekatan Masjidil Haram |
|
Pulang ke Kuala Lumpur |
Aku tak dpt cerita panjang sangat, so ni aku share secara general je. Hope dapat bagi serba sedikit idea kepada sesiapa yang akan ke sana kelak. Kalau ada apapa soalan, boleh tanya kat komen. Kalau aku tahu, in syaa Allah aku jawab. Terima kasih sudi baca :)
Aku berdoa semoga semua yang sedang baca entri ni berpeluang ke Madinah dan Mekah untuk kali ke berapa pun. In syaa Allah. Berdoalah k.
14 comments
subahanAllah syoknyaaaa... doakan kita dapat p jugak
mudah mudahan di panjang umur sy utk jejak kan kaki ke tanah suci.. amin =) seronok baca pengalaman org..
Alhamdulillah, selamat pegi dan selamat balik.. beruntung awak, da jejak kaki ke tanah suci..doa kan Zara dapat pegi jugak..amin. シ
wah seronoknya...
cantik sgt pemandangan kt sana..tenang jek tengok pic awak..
hopefully Allah menjemput saya pula utk ziarah baitullah =)
teringin nak bawa parents guna duit tabungan sendiri. inshaallah satu hari nanti :)
Pergi umrah musim sejuk ye. Seronoknya... Allah Allah Allah, rindu yang amat! Nak pergi lagi... :')
Bestnnya dapat pergiiii. Tringin :')
seonoknya dapat pergi umrah :)
seronoknyaaa. doakan fieyqa dapat ke sana juga ye :)
Alhamdulillah seronoknya akak dapat pergi sana :) Doakan Nad jugak ya semoga dapat ke sana ^^
alhamdulillah dah berkesempatan mengerjekan umrah. saya pun alhamdulillah dah diberi peluang mengerjekan umrah. Rindu makkah wal madinah kan. ^^ Semoge lepas ni kite berkesempatan untuk mengerjekan haji pula. aminnn <3
Alhamdulillah ya Allah seronoknya :')
Doakan one day Adda terpilih menjadi tetamu Allah. hee :)
Alhamdulillah. Terima kasih baca entri ni. Saya doakan semua dapat pergi ke Tanah Suci buat kali ke berapa pun :) In syaa Allah.
teringin nak ke sana... tapi tak berpeluang lagi. kawan2 ramai yang dah pergi.... indahnya SubhanAllah