Saturday 23 July 2016

Hiatus

Assalamualaikum semua and hi.


Maaf tak dapat nak update buat masa sekarang atas sebab aku tengah ada LATIHAN KLINIKAL. In syaa Allah lepas habis klinikal aku ni, bila free, aku akan update blog. Terima kasih sebab sudi blogwalking blog ni :) Oh! Bagi yang invite join segmen tu, bila free, kalau segmen tu masih berjalan in syaa Allah aku cuba join sebab korang dah invite kan. Tapi buat masa ni tak dapat lah.

Okeh, kalau lah ada yang tertanya aku klinikal untuk apa, kat mana semua tu. Aku buat latihan klinikal ni di hospital dekat area rumah aku ni je sebab senang tapi tak lama lagi aku kena klinikal jauh nun kat Penang huhu. Klinikal ni aku kena buat untuk cukupkan jam kredit kat universiti untuk graduate. Kalau tak cukup, habislah tak dapat graduate sampai cukup haha. Apa yang best klinikal? Haha, bagi pengalaman aku, yang bestnya klinikal ni sebab aku dapat praktis apa yang dah belajar practically (yelah, kalau belajar theory je kekadang ada tak faham kan hihi so bila praktikal, in syaa Allah faham dan ingat) dan aku dapat kenal ramai student lain dari universiti lain. Dapatlah kenal student yang amik sama course kan sambil dapat kawan baru :) So, untuk kali ni aku klinikal di bahagian radiologi, nanti kat Penang baru di bahagian radioterapi hmm jia you! :) K tu je rasanya, nanti bila free aku akan update blog. Kalau nak tahu serba sedikit mengenai klinikal aku atau course yang aku amik, boleh tanya. In syaa Allah aku akan buat entri pasal tu kalau perlu.

Friday 15 July 2016

Review bagi Pemenang Segmen Bloglist Raya

Assalamualaikum semua. Ingat lagi segmen aku Bloglist Raya by Athirah Ismail? Hihi maaf, sekarang baru nak update untuk blog review segmen ni. Aku akan review 5 blog dalam satu entri okeh. So ready? Haha jom!

Review 1


Pemenang pertama ialah SpendaLusuh

Boleh klik pada gambar untuk ke blog owner. Okeh untuk blog SpendaLusuh ni, yang buat aku tertarik adalah pada header dia. Ada quote yang bagi aku memberi maksud tersendiri dan agak funny hihi. Quote yang berbunyi 'Hidup ini ibarat Spenda, semakin Lusuh semakin banyak pengalamannya' :D Blogger SpendaLusuh ni aku tengok sering join banyak segmen dan buat segmen dalam masa yang sama, memberi info yang banyak. So apalagi, pergilah blogwalking blog SpendaLusuh ni ya :)

Review 2


Pemenang kedua ialah Syaidah Seha

Boleh klik pada gambar untuk ke blog owner. Untuk blog ni, ia kepunyaan blogger berumur 25 tahun (pangkat akak pada saya, hai kak syaidah *lambai tangan*) Kak syaidah pun banyak join segmen. Blog kak syaidah simple but nice. Kemas je takdelah serabut kalau orang datang singgah :) Korang pergilah blogwalking blog dia k.

Review 3


Pemenang ketiga ialah Nisha

Boleh klik pada gambar untuk ke blog owner. Wah, nampak tak? Owner blog ni minat betul watak Fang dalam kartun Boboiboy. Ahaha sis ada tengok Boboiboy The Movie, best jugak. Btw, comel nya lahai blog adik nisha ni. Kiut hihi :) Adik nisha ni pun rajin join segmen, jadi blogger yang nak invite adik nisha untuk join segmen bolehlah ke blog dia k. Jom blogwalking ke blog nisha gaiss.

Review 4


Pemenang keempat ialah Fatin Qasif

Boleh klik pada gambar untuk ke blog owner. Blog fatin comel penuh dengan wallpaper love love gitu :) Comel seperti tuannya. Adik fatin bakal menjadi calon PT3 next year so sis doakan adik fatin dapat tempuh PT3 dengan mudah serta mendapat kecemerlangan ya in syaa Allah. Okeh, jom jom blogwalking blog fatin dan support blogger gaiss.

Review 5


Pemenang kelima ialah Cikla

Boleh klik pada gambar untuk ke blog owner. Orait, untuk blogger Cikla ni saya rasa ramai familiar dengan nama dia kan. Cikla ni rajin join segmen blogger-blogger dan rajin juga update entri blog. Follower pun ramai. Kepada yang belum pernah singgah blog Cikla ni, bolehlah singgah sekarang k. Blog Cikla sangat simple dan kemas. Tak banyak guna warna tapi masih tetap kemas. Jom blogwalking blog Cikla :)

Alhamdulillah selesai sudah amanah dan tanggungjawab untuk buat entri blog review ni. Semoga semua happy dan suka dengan review aku. Maaf kalau ada yang buat anda terguris atau terasa hati k. Akhir kata, jom support blogger-blogger semua dan jom ber-blogwalking gaiss :)

Sunday 10 July 2016

Pemenang Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail


Assalamualaikum and hi readers!

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin untuk semua :) Maaf sebab lambat update senarai peserta segmen aku ini dan maaf juga sebab baru nak update pemenang atas sebab-sebab tertentu. So, sementara aku boleh update ini, jomlah aku umumkan senarai pemenang segmen aku ini :) 

Pemenang bagi Bloglist Raya

 http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html

 https://pandapandaibercakap.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html

http://reenri.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://messarah.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://tomodachilavendra.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html


Pemenang bagi blog review


https://spendalusuh.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://cahayakukasih.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://belogftnqsfsyhrsli.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html 

http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-raya-by-athirah.html


Tahniah aku ucapkan untuk semua pemenang segmen tak seberapa aku ini :) Akan datang in syaa Allah kalau ada rezeki, aku buat lagi segmen. Untuk yang tak menang, tak mengapa. In syaa Allah, next time eh. And mungkin rezeki korang ada lagi untuk segmen lain juga :) Terima kasih untuk semua yang support dan join segmen ini. Terharu hikhik :') Untuk blog review, nanti aku akan buat satu entri untuk tu eh. Terima kasih semua. Mari ber-blogwalking serta salam perkenalan semua blogger. Oh! Dan salam syawal ya semuanya.

Friday 1 July 2016

Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail

Assalamualaikum and hi reader

Yeay, akhirnya aku terdetik nak buat segmen bloglist ni yang telah lama berkuak-kuak dalam diri ni haha. Actually ni first segmen aku. Sebelum ni aku tak pernah rasanya buat segmen-segmen ni tapi sekarang aku nak buat. Okeh awat nak buat kan? Aku buat segmen ni sebab aku nak kenal lebih ramai blogger luar sana yang mungkin aku tak pernah singgah blog-blog mereka dan aku buat untuk kenal blogger-blogger yang aku pernah singgah blog-blog mereka juga hihi. Oh! Dalam pada masa yang sama, aku nak tingkatkan lagi trafik blog aku sebab sebelum ni aku lama juga tak update. Akhir-akhir ni yang quite active blogging :) So, aku harap segmen ni dapat sambutan lah dari blogger-blogger semua. (fighting!)


Okeh, syarat-syaratnya mudah je in syaa Allah.
  • Follow blog Athirah Ismail
  • Perlu buat entri mengenai segmen ni beserta tajuk entri 'Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail'
  • Letakkan banner yang kurang cantik tu di entri dan backlink kan banner tu ke entri asal ni
  • Anda perlu tag rakan anda seramai 3 orang (boleh jgk nak general utk semua join)
  • Last sekali, tinggalkan link entri korang di komen entri ni
Yup, tu sahaja syaratnya :) Hope semua boleh join. Pemenang akan dipilih menggunakan random.org. Aku punya bloglist sangat lah kosong untuk korang isikan. Maaf sebab banner tak secantik mana untuk diletakkan ke entri korang. In syaa Allah malam 7 Julai atau hari keesokannya (8 Julai) aku akan umumkan pemenangnya.

Pemenang dari random.org untuk 5 blogger terawal akan aku letakkan di bloglist aku dan pemenang dari random.org untuk 5 blogger selepas tu akan aku review blog mereka :) In syaa Allah. Hopefully, segmen ni dapat sambutan menggalakkan dari semua. Kalau dapat 15-20 penyertaan pun aku bersyukur. Tak boleh aku nak harap banyak atau tinggi. Apapa pun, terima kasih. *Jika tiada sambutan, aku akan hold segmen ni ke waktu yang lebih sesuai tapi hope tak perlu hold lah :)*