Saturday 21 July 2018

Review: Brother of The Year


Assalamualaikum readers!

As usual, another movie review by me. Taknak intro panjang sangat nanti korang pun bosan baca haha, lets just straight to the point k everyone :)

Sinopsis :
A man has to learn how to take care of himself when his sister gets married and moves out

Simple sinopsis dia. Its a THAI movie gais. Siapa layan thai movie selain aku sila angkat tangan haha. Aku selalu layan movie thai kat rumah tapi ni layan pi panggung weh. Review orang lain bagus bagus je movie ni. And now, aku dah tengok pun anddddd....

Yup, not bad cerita dia. Best bagi aku sebab more kepada family relationship between the bro and the sis. Macam apa dalam sinopsis, cerita dia kita tengok macam mana seorang abang nak take care of himself bila adik dia takde di sisi dia sebab adik dia yang banyak jaga dia dari dia yang jaga adik dia. Aku geram juga bila tengok perangai abang dia, sabar jelah. Selain tu, the actor pun helok teroxx, the actress pun cantik. I thought there is a plot twist but haha korang tengok lah nanti kalau terasa nak tengok :) Movie dia tak berat untuk tengok, just nice. Dia tak lah sedih sentiasa haha its kinda funny cerita dia but there is still serious and sad scenes so just enjoy watching the movie k :) Sesiapa yang ada beradik atau abang, perhaps lagi suka tengok cerita ni kut sebab aku yang takde abang pun boleh enjoy and menitik juga lah part sedih tu.

Okay that's my review, sorry kalau tak panjang sebab kalau aku review panjang risau tercerita whole story haha. Btw, korang okay ke kalau aku review more dramas, movies which maybe includes malay/english/others country films/dramas? 

Sunday 15 July 2018

Review: Incredibles 2

Assalamualaikum readers!

Yesh, harini aku nak buat simple review regarding this movie yang baru jugak lah kat panggung. So aku dgn kawan aku pi tengok wayang since kira baru je habis degree and kebetulan dia singgah KL haha. 


Sinopsis :
Helen is in the spotlight, leaving Bob at home with Violet and Dash to navigate the day-to-day heroics of "normal" life. It's a tough transition for everyone, made tougher by the fact that the family is still unaware of baby Jack-Jack's emerging superpowers. When a new villain hatches a brilliant and dangerous plot, the family and Frozone must find a way to work together again, which is easier said than done, even when they're all Incredible.
Credit to the owner

Alright, keseluruhan cerita memang best. This is one of my fav animation superheroes series actually. Masa The Incredibles, cuma ada superhero family ni dgn Frozone and the enemies, but in Incredibles 2 ada penambahan superhero haha cool huh? Tambahan lagi, spotlight cerita ni most dekat Helen and family ni discover that baby dorang tu ada pelbagai superpower hahaha which is totally awesome. Lepasni biar baby tu je buat semua haha. Yang buat aku kagum jugak adalah bila aku tgk kemewahan yang ada dalam cerita ni dgn teknologi dorang, tak tahu kenapa, nampak canggih je. Btw, it's a nice animation movie utk korang tengok santai santai k :) Just my opinion.

Untuk filem ni aku bagi 4 out of 5

Wednesday 27 June 2018

After a long time


Assalamualaikum

After a looooooong time, sekarang baru berpeluang update blog, merajinkan diri untuk update blog. Berhabuk blog ni tak main main. Apa khabar korang semua? Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua reader and yg sudi follow blog tak seberapa ni. Maaflah sebab jarang jarang update, iolls quite busy bila dah final year ni. Final year project lagi kan. 

Macam mana raya korang? Best? Macam aku, raya aku tahun ni biasa je mungkin sebab baru habis final exam 2 hari terus raya kut haha. Aku takde mood raya, nak beli baju raya bagai waktu final exam tu. Parents ajak beli baju raya pun aku taknak haha punyalah takde mood weh. Dahlah baru baik dari demam denggi. Memang mood tu kurang sikit tahun ni hmm. Korang raya mana? Aku raya Melaka dulu lepastu Negeri Sembilan haha bersebelah je negeri kampung aku. Mudah nak ulang alik KL-Melaka-Negeri Sembilan-Melaka-KL :) Raya kali ni pulak aku dapat beraya dengan cousins rapat aku sebab sepatutnya dorang raya Terengganu tapi dorang raya Melaka sebab tak ramai dapat cuti panjang. Dapatlah jugak bergambar, membawang bagai haha. 

Alhamdulillah dah nak grad tahun ni in syaa Allah, doakan iolls semua. Ada lagi satu clinical posting dekat hospital berhampiran rumah aku, in syaa Allah. Semoga dipermudahkan.