Sunday 27 March 2016

Segmen Auto Blogger Malaysia




Assalamualaikum semua!

K, ni segmen lagi yang aku join haha. Korang yang lain as a blogger pun patut join segmen ni. Jom jom! Yang 5 terawal akan di review dan diletak dalam bloglist. So, jom sambil merapatkan silaturrahim. Boleh klik banner eh untuk tahu info lebih lanjut.

Monday 21 March 2016

GIVEAWAY by RosNordin



Yeay, bila dah mula aktif blogging ni, macam-macam giveaway lah segmen lah yang aku join. Kenapa? Sebab best join semua ni. Kalau ada rezeki, in syaa Allah boleh menang. Sambil tu boleh eratkan silaturrahim hihi. K kali ni aku join giveaway by RosNordin. Syarat dia mudah in syaa Allah dan hadiah dia pun bestttt! So siapa yang nak join, boleh click banner tu k :) Jom support blogger-blogger yang buat segmen/giveaway ni. 

Sunday 20 March 2016

Meoww



Assalamualaikum and hi everyone.

Sorry for not updating blog quite long. Aku selalu jenguk blog ni tengok apa berlaku just aku tak update any post/entry je. So sekarang aku nak update about one of my interest which is CAT! Yeah, I love cat so much k :) Let's start!

Untuk post kali ni aku nak cerita sikit pasal kucing yang retis sangaaaaat kat Malaysia ni haha. Nak tahu kucing mana satu? Jom teruskan baca post ni. Aku nak letak antara 5 ekor kucing yang popular kat Malaysia ni.

Oh my Jep!


Ok, so first is JEP! Tengok lah dia dalam gambar atas tu semua, comel gilaaaaa XD I kenot lah tengok dia ergh geram. What is so special about this cute cat named Jep? Haha, aku tak pasti tapi aku rasa sebab muka dia. Korang tengok lah muka dia tu. Sepesen je haha, comel kann :'D Nak kata gembira pun tak tahu, nak kata sedih pun tak tahu hihi. Aku kenal si Jep ni dalam facebook. Most of the cat yang aku nak tunjuk ni mostly aku kenal dari facebook. Ada satu grup kucing yang perkenalkan si come ni. Dia ni kalah retis tau hihi. Masuk tv kemain, posing kemain lagi. Oh pliss aku tak tahan tengok dia, rasa nak peluk je. Kalau dapat peluang pegi jumpa dia memang nak jumpa sangat :') Take care dear little Jep hehe.




Ok next is FLUFFY! Tengok si Fluffy tu, comel tahap berapa juta ni haha :D Dia dipanggil Fluffy mungkin sebab bulu dia yang sangaaaaat gebu dan fluffy. Owner dia seorang penunggang motosikal yang mana owner selalu jugak bawak si Fluffy ni jalan naik motosikal. Woah semua mcm tak percaya? Fluffy ni boleh kata dipanggil Fluffy the Rider. Sebab? Sebab dia bonceng motosikal sekali dengan owner dia, mostly duduk kat bahu owner dia. And seriously, bila aku tengok dorang ni, ketar lutut takut si Fluffy ni jatuh ke apa ke huhu. But alhamdulillah sampai sekarang masih okay. Semoga sentiasa okay ya :') Oh, one more thing, si Fluffy ni suka minum air milo ais haha like seriously. K, dia sangat comel dengan cara dia sendiri. Hope dapat jumpa dia satu hari nanti hehe. Fluffy, jadi pembonceng yang berhemah k XD




Next is HAMDAN KARIPULEY! Haha nama dia dah gempak woohoo. K kucing ni selalu kepam balik rumah but yes still comel kuasa sejuta. Tak tahu kenapa dia selalu kepam, maybe main minyak hitam ke kan haha comel je lah si medan ni. Orang selalu panggil nama pendek dia je, Medan huhu. Senang nak panggil kannn. Aku tak boleh cerita panjang sangat since ada beberapa kucing lagi yang aku nak tunjuk :) By the way, love you Medan! Hope dapat jumpa lah kita ya hehe. Takmo kepam lagi k hihi.



K, now is NONAT time! :D Maaf kalau tak dapat cerita panjang ya. Kalau nak tahu update pasal si Nonat ni, bolehlah pegi check fanpage dia kat facebook, search je Nonat Fanpage :) Nonat ni nama pun comel, dia lagi lah comel kan. Dia ada beberapa ekor adik-beradik kalau tak silap haha. Ada nama Puyie dan lain-lain. So boleh check it out fanpage dia k semua. So, this is Nonat! Comel 200% haha XD



Yeay, ABAMBOY! Ni abamboy, dia adalah kucing istimewa. So because of that, dia ni special to everyone especially to owner dia. Semua sayang abam hensem ni. Comel dan hensem, bulu warna lawaa sangat. Nampak bersinar bulu dia kan :) Semoga abamboy dalam keadaan yang baik ya. Nak jumpa abamboy jugak. Hopefully someday k :'D

Done untuk some of the popular kucing kat Malaysia ni. Yang mana tak pernah tahu pasal dorang, boleh lah search untuk kenal dorang ni k. Banyak lagi kucing famous kat Malaysia ni tapi tak dapek nak letak semua huhu. Gambar semua credit to the owner of the picture. Terima kasih sebab sudi baca :) Bye!

Kalau ada idea nak aku post pasal apa, inform eh. Aku cuba untuk post pasal yang korang minta tu :)

Saturday 12 March 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA



Assalamualaikum and hi semua.

Aku bukak blog je tengok ada yang tag join segmen ni. Terima kasih Beeha sebab tag untuk join segmen Nurzulfa :) Tak pasti lah blog ni kemas ke tak, harapnya kemas lah kan hee. Aku suka blog kemas sebab aku taknak bila orang jenguk blog ni nanti dia bertambah stress atau serabut tengok blog yang dah sendiri serabut yang boleh buat dorang lagi serabut k aku pulak yang serabut ni haha. Untuk yang di tag atau tak di tag, jom join segmen ni sebab mana tahu blog korang yang menjadi antara 10 tu kan :) Syarat-syarat dia pun taklah susah so jom join segmen ni k. Boleh klik banner untuk join. *by the way, comel sangat banner tu hihi. aku asyik tak puas pandang je :D

Salah satu kata-kata hikmat yang aku dapat dari lecturer aku adalah "Always shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars" :D So untuk semua students actually untuk semua orang, pegang kata-kata tu. Semoga kita semua peroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat dalam semua kebaikan yang kita buat, okay. 

So, blogger yang di tag :

Ok, done tagging. Hope boleh join, yang tak di tag pun boleh join jugak segmen ni :)

Wednesday 9 March 2016

Dua Satu



Assalamualaikum and hello.

Eee, geramnya aku tengok kucing kat atas tu. Plisss jangan comel sangat hmph. Aku yakin semua tergoda dengan kucing tu, ke tak? Haha k yang penting dia comel dah. Aku tak nak bebel haha.

Yeap, harini bersamaan 9 Mac adalah hari lahir aku. K, terima kasih Allah kerana beri peluang aku lahir ke dunia untuk melalui hidup sebagai manusia iaitu khalifah di muka bumi ni. Terima kasih to my mom jugak sebab sakit dia bersalinkan aku supaya aku dapat tengok dunia. Dia cerita kat aku yang memang sakit lahir anak tapi bila seorang ibu tengok anak dia hidup, terus hilang rasa sakit tu. Huhu besar jasa mak ayah kita semua ni. Sayang dan jaga lah dorang sebaik mungkin sementara dorang masih ada ni. K, tetiba rindu nak balik jumpa mak ayah :)

Terima kasih jugak untuk semua yang wish birthday yang doakan aku. Alhamdulillah. Semoga doa baik korang tu dimakbulkan, amiin. Aku belum tua, malam masih muda ececeh perasan betul XD

K meh aku share sikit 5 fakta tentang aku sebab birthday ni haha.

 I'm a cat lover, seriously in love with cats
 Anak sulung dan bongsu dalam keluarga hmm haha
 Tak tahan bila kucing buat muka comel ke mintak makan ke huhu (cair aku)
 Ada bela kucing kat rumah (dulu banyak, skrg tinggal 2 ekor je)
 Suka semua warna tapi paling suka warna hitam, kelabu, turquoise, maroon hihi

Done! Siap 5 fakta pasal aku. Tak tahu lah okay ke tak fakta tu haha :D K bye semua. 

Kalau korang ada idea nak aku post pasal apa, inform aku. In syaa Allah aku cuba post :)

Tuesday 8 March 2016

Review: Sangkaya



Assalamualaikum and hi readers.

Review kali ini aku nak review sikit pasal Sangkaya. Sangkaya? Apo bondo eh tu? Haha k. Mungkin ada yang pernah cuba dan mungkin ada yang tak pernah tahu atau tak pernah cuba pun. Okay probably dan harapnya review ni dapat lah bantu sikit especially korang yang tak pernah try lagi.

Tadaaa!

Gambar atas tu credit kat owner dia. K, nampak gambar tu? Meleleh air liur? Hihi okay. Tu adalah salah satu menu yang ada kat restoran Sangkaya ni. Sangkaya ni actually a restaurant yang Nuts About Coconuts haha. Dia menyediakan menu yang serba serbi coconut. Fuh coconut shake ada,  air kelapa pun ada kalau tak silap dan aiskrim kelapa pun ada. Macam macam jenis pulak tu. Kalau macam aiskrim tu boleh pilih nak cone, cup atau signature. Contoh aiskrim signature macam kat atas tu. Dia letak aiskrim dalam tempurung kelapa. Bukan tu je, dia siap ada topping yang korang boleh pilih based on aiskrim jenis mana korang beli lah. 

Untuk coconut shake dia pun sedap. Boleh kata akan datang lagi untuk beli lah haha. Harga pulak boleh diterima lah sebab kira berbaloi lah. Serious aiskrim dia sedap :) Aku ada cuba coconut shake dengan aiskrim signature dia dan rasa dia memang sedap tapi kalau aku, aku lagi suka makan aiskrim dia lagi. Besttt!

Jadi, bagi sesiapa yang belum cuba lagi. Moh ler cuba! In syaa Allah sedap, best dan kena dengan jiwa korang hihi :) Yang nuts about coconuts lagi lah kena pergi sebab memang untuk korang menu ni haha. Btw, disebabkan aku takde lah rasa semua menu dia jadi aku bagi markah based on menu yang aku dah cuba je k. Sekian.

Aiskrim Signature : 4.5/5
Coconut Shake : 3.5/5 

Monday 7 March 2016

Segmen Bloglist By Aina



Assalamualaikum and hi readers.


Okay dah lama tak update blog ni, bila dah mula active balik ni terjumpa satu segmen yang comel kiut miut :) So apa kata aku cuba and join segmen ni. Ni segmen yang dibuat oleh adik Aina dan syarat-syarat dia kalau korang tengok tak lah susah sangat. Jadi apa kata korang pun join sekali segmen ni, kan. Jom jom. Bawah ni aku sertakan syarat-syarat dia untuk korang yang nak join k.

Syarat-syaratnya ialah :

 Follow blog Aina
Cupcake mini graphics Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist By Aina"
Cupcake mini graphics Copy banner kat atas tu dan backlink kan ke entry ni.
Cupcake mini graphics Tinggalkan link entry korang dekat ruangan komen.

Segmen ni mula dari 2/3/16 hingga 20/3/16 dan pemenang akan diumumkan pada 21/3/16 

Saturday 5 March 2016

Result SPM


Assalamualaikum and hi everyone!

Since Khamis lepas adalah hari keluarnya result SPM kan? Siapa yang ada amik result tu Khamis lepas? Zaman aku dah lepas dah beberapa tahun lalu huhu, k aku masih muda chia chia chiaa. Ok jom kita story story sikit pasal SPM dan result sambil sambil aku kongsi sikit pasal kehidupan lepas SPM.

K first sekali, aku ni amik SPM beberapa tahun dulu. Serius cakap aku bukan lah dari kalangan yang genius mcm korang yang lain. Study pun ada subjek yang last minute study, kalau subjek yang minat macam Matematik tu boleh kata tak lah last minute study sebab minat hmm. Result SPM pun alhamdulillah boleh untuk aku lanjut pelajaran ke matrikulasi. Ok, aku tak dapat Form 6 tapi aku dapat tawaran sambung Diploma dengan Matrikulasi. Fuh payah nak pilih sebab dua dua pun okay. So apa lagi, kena buatlah pros and cons dua dua ni. Diploma dapat UiTM program kejuruteraan. K aku sendiri minta kejuruteraan dengan beberapa program lain tapi bila pikirkan balik rasa macam kurang minat pulak dengan kejuruteraan hmm. Then check matrikulasi, alhamdulillah dapat tawaran sambung matrikulasi di Pahang dan dapat sambung dalam sains. Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung dengan matrikulasi sebab nak sambung dalam sains. Cerita mengenai matrikulasi aku ni boleh check post sebelum sebelum ni untuk baca. K agak jauh dari keluarga tapi teruskan jugak haha. Alhamdulillah dapat modul 1. PNGS dengan PNGK sepanjang setahun di matrikulasi pun alhamdulillah atas 3.50. 

After selesai dengan pembelajaran di matrikulasi, untuk sambung degree pulak aku ada minta beberapa program yang aku rasa minat. Kehidupan di matrikulasi serius best dan takkan dilupakan ececeh :) Ada 2 program yang aku minta yang ada interview so kenalah pergi nak taknak pun huhu. Memang cuak tapi okay je alhamdulillah. Last but not least, lama cuti lepas matrikulasi berakhir dengan kemasukan aku ke UKM dan aku masih lagi belajar disini setakat ni dengan program yang sama.

Untuk sesiapa yang baru amik result SPM tu, if korang dapat result with flying colours, it's good for you and congrats. If korang dapat result yang mungkin bagi korang tak cukup ke kurang baik ke, it's okay. Tak bermakna bila cemerlang exam, kita akan cemerlang dalam hidup dan tak bermakna bila kurang cemerlang exam, kita akan gagal dalam hidup. Salah tu. Semua boleh cemerlang dengan usaha masing-masing dan rezeki masing-masing. Jangan putus asa. Ececeh, bukan main aku bagi nasihat ni hihi. 

Apapa pun, best of luck untuk semua yang baca post ni dalam apa jua perkara baik yang korang lakukan sekarang. Chaiyok!

Thursday 3 March 2016

Review: Cleansing Foam The Face Shop


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lamanya tak update blog ni. Bersawang dah. Antara sebab kenapa tak update adalah mungkin busy dengan 'university stuffs' kot and I've no idea what to post haha. Ok so post harini aku nak review sikit pasal Cleansing Foam by THE FACE SHOP :D

Ok btw produk ni aku sendiri guna. Actually tak lama pun aku pakai produk ni. Lepas guna other products, muka ni macam takde effect apapa sgt lepas guna. So bila my Korean penpal timbulkan pasal face shop ni, terfikir jugak apa yang ada kat face shop ni kan. So teruslah check search bagai haha, tengok mostly kata produk ni okay lah natural lah. Mula dari situ lah teringin nak cuba produk ni. So bila aku keluar dengan my mom kat NU Sentral, singgah lah kejap kat kedai THE FACE SHOP untuk tengok harga and produk dia. Yes harga kalau tengok memang agak mahal kalau bagi aku lah tapi sebab nak try jugak so beli jugak lah untuk cuba. Kalau okay, duit tu berbaloi je.


Credit to owner

Ni lah produk yang aku beli. Harga dia dalam RM20. Dia ada banyak lagi jenis tapi aku pilih aloe sebab macam yang kita tahu, aloe ni kan bagus so aku cuba lah jenis yang ni. Katanya sesuai untuk semua jenis kulit and bau dia wangi sangat untuk aloe ni. Jenis lain tak pasti pulak. 

After guna ni untuk a few days or maybe weeks, alhamdulillah bagus lah produk ni. Muka kurang minyak, kalau ada jerawat pun jarang tumbuh. Segan silu jerawat nak tumbuh haha in syaa Allah. Kulit muka pun boleh rasa licin dan segar sangat :) Kalau ada yang nak cuba, boleh lah cari produk ni kat mana-mana mall. Ada yang minat? Boleh cuba cari dan gunakan :) Setakat ni memang aku guna produk ni kat rumah kat universiti, so kira berbaloi lah duit beli produk ni. Depends pada diri masing-masing. Hope review ni membantu sesiapa yang masih cari nak guna produk cuci muka yang mana eh. 

So, untuk produk ni aku bagi 4/5