Tuesday 12 April 2016

Penang Trip



Assalamualaikum and hello everyone!

We meet again in another entry. Yeah so dalam entri kali ni aku nak share moments about Trip to Penang :) Probably entri ni akan panjang sikit so hope korang boleh baca till the end okay.

Ok, Penang Trip ni kawan aku yang bagi idea. Masa tu sebelum cuti midsem kitorang dah bincang sikit and plan haha. Sebabnya, kitorang plan nak pergi Penang ni masa midsem break. Yes sekarang aku tengah midsem break and semalam iaitu hari Isnin baru sampai KL dari Penang. Perjalanan yang memang letih tapi best lah. Then after selesai dengan klinikal, kitorang bincang sikit apapa yang perlu bawak and how the journey will be. Siap kemas barang malam tu, rehat so that esok tak letih sangat.

9 April
Aku dengan kawan aku bincang nak jumpa kat mana. Before jumpa dorang, aku pegi breakfast dulu so that tak lapar lah dalam perjalanan ke Penang nanti kan. Then dah berkumpul semua orang, terus gerak pegi pintu untuk naik bas. Bas sampai, naik then rehat sambil dengar lagu. Perjalanan amik masa dalam 4-5 jam. Kitorang sampai Butterworth terus pegi beli tiket balik KL sebab mudah dari beli masa balik nanti kan. Yang menyenangkan lagi, hari ni kawan aku yang ada kat Penang masa ni dapat amik kitorang naik kereta and bawak kitorang pusing-pusing Georgetown since hotel kitorang kat Georgetown. Terima kasih lah pada kawan aku tu haha. Kitorang pi beli jeruk madu pak ali, makan nasi briyani, jalan kat Bukit Bendera, jalan kat mall kejap pi cari sport shoes kawan-kawan aku, pegi makan pasembur and relaks kat tepi laut. Balik hotel dalam pukul 12.40 tengah malam. Memang hari yang memenatkan. Kawan aku yang bawak kereta tu pun balik Perak tengah malam tu jugak. Sori bro sebab bagi kau balik lambat but thanks tolong kitorang :)

View dari Bukit Bendera



View waktu malam

Ceria je cuti di Penang :)


10 April
Mulakan hari dengan breakfast di hotel dulu. Hari ni kitorang memang dah aim dari awal nak pegi Escape Park, Penang. Haha mula-mula rasa nak gelak sebab aku ni bukan jenis sport woman XD Tapi aku tak kisah so bantai jelah hihi. Escape Park punya review aku buat entri lain k in syaa Allah. So basically Escape Park ni memang memenatkan sesuai untuk sesiapa yang nak workout atau nak keluar peluh. Game dia best best untuk korang main. Sebabtu kitorang nak pegi sini untuk cuba game dia haha. Antara game yang kitorang main adalah Monkey Business, Kite Flyer, 'bungee jump' dengan Tube Race. Kebanyakkannya memang menggayatkan tapi serius best especially yang ada flying fox. Btw game dia ni lagi korang takut lagi seronok haha. Ada jugak aku terpikir kenapa aku pegi main game centu sedangkan aku ni bukanlah berani mana haha. Untuk hilangkan rasa takut yang selama ni ada dalam diri, so aku kuatkan diri untuk cuba lawan dengan main game game tu semua :) Haha sakit sakit lah badan aku ni. Balik agak dah maghrib jugak lah, then pi makan kedai dekat dekat area hotel. Makan mee sup urat wuu sedap wok. Balik hotel, mandi solat terus rebah ke katil haha. Ingat nak pegi mandi kolam malam tu but dah ngantuk tahap apa dah kan, so tido jelah lagi best huhu.



Nampak tak? Semua atas pokok kena panjat haha.

Wuu tinggi haha


11 April
Tamat lah sudah pengembaraan kami ke Pulau Pinang. Memori yang takkan dilupakan. Pagi ni kitorang breakfast di hotel jugak. Lepas tu kitorang bergerak naik teksi ke jeti untuk naik feri ke Butterworth. Pegi Penang lalu jambatan, balik naik feri. Sampai Butterworth terus ke stesen bas, tunggu bas sampai. Bila bas sampai, letak beg dan naik sambil tunggu bas gerak. Butterworth - TBS, satu perjalanan yang agak jauh dan lama. Fuh penat tapi seronok huhu. Semoga jumpa lagi Penang! 



View dari feri. Bye Penang!



3 comments

13 April 2016 at 00:56

Escape tak pernah pi lagi!!! Bukit Bendera pun xpernah naik lg waktu malam. hihi

13 April 2016 at 09:41

Huaaa sis rindu penang. =) dulu rumah belakang bukit bendera.. malam malam mmg cntik.

13 April 2016 at 12:07

wah bestnya pegi Penang <3

Post a Comment