Sunday, 10 September 2017

Latihan Industri


Assalamualaikum and hi readers!

Huu, lama tak update blog. Sebab? Aku busy sikit dengan intern aku sebelum ni dan sekarang sibuk sikit dengan klinikal aku di hospital serta aktiviti final year aku. Doakan aku berjaya lalui semua ni dengan tenang and grad dgn cemerlang in syaa Allah :)

Okay, post kali ni aku saje nak share sikit berkaitan intern aku yang takdelah lama mcm orang lain sebab program yang aku amik ni memang setiap sem ada klinikal mula dari Tahun 2, so tu mungkin salah satu sebab kenapa kitorang buat intern tak lama. Untuk intern aku ni, aku yang buat pilihan dengan persetujuan parents lah. Aku pilih untuk try hospital swasta utk intern aku dan aku pilih utk buat intern berkaitan dgn pengimejan diagnostik (ni yg berkaitan dgn x-ray etc). Kat mana aku buat LI? Hospital dekat area rumah aku je, senang and mudah nak ulang alik.

Awal-awal punya perasaan, yup, memang aku cuak sebab tak pernah ke situ so tak kenal sesiapa pun kat situ. Yang buat aku senang nak selesakan diri kat sini sebab ada sorang radiographer lelaki ni sangat lah friendly and suka sakat so tak awkward bekerja dgn dia. Dia dgn sorang junior radiographer kat sini, umur dorang 3 dan 4 tahun tua dari aku je. So senang nak rapat. Bila dah beberapa minggu kat situ, alhamdulillah semua staf dgn radiographer semua best gila. Semua senang masuk air lah haha, dorang jarang serius haha. Ada yang dah mcm mak aku, kakak aku dan abang aku je :) 

Cuma SV dia je something sikit tapi boleh lah aku tahan utk jangka masa LI aku ni haha. Dia even perangai gitu dgn radiographer kat situ so haha sabar jelah radiographer semua kerja situ. Bila dah minggu last dgn hari last aku kat situ, radiographer lelaki tu pernah kata "Tak best ah lepasni kau takde, takde orang aku nak kacau/buli", ada jugak dia kata "Kau last study bila? Next year kau apply lah kerja sini", haha serius weh, tipu lah kalau aku kata aku tak sedih nak habis LI walaupun aku happy sebab dah selesai. Dorang dah mcm aku kenal lama, serius rindu. Junior radiographer kat situ pun suruh aku apply situ. Kalau ada rezeki why not kan, in syaa Allah.

So, utk awak yang bakal intern tak kisahlah bahagian mana pun, jangan risau utk pergi LI. In syaa Allah korang akan seronok kenal dgn staf dekat tempat intern tu. Bila intern, of course lah kena be prepared utk ditanya atau dinilai k. But, yang aku boleh cakap sini, enjoy your intern life sbb mana tahu situlah tempat korang kerja nanti. Kalau tak pun, serap segala ilmu dan skills staf kat tempat intern korang utk preparation nak kerja nanti. 

Sorry kalau post ni tak details sangat ke eh. Kalau ada nak tahu apa-apa atau ada soalan nak tanya, boleh komen kat post ni k. Till we meet again reader! :)

Wednesday, 21 June 2017

Review : Innisfree No Sebum Mineral Powder


Assalamualaikum readers.

Yeay harini aku rasa nak kongsi and review apa yang aku beli dan guna akhir-akhir ni. Mana tahu berguna untuk korang jugak kan :) Meh baca hihi

Few days ago, aku ada beli something from Hermo. Yeah, one of it is Innisfree No Sebum Mineral Powder. I know that most of you dah tahu mengenai this cute thing right. Tapi apa kegunaan no sebum mineral powder ni kan?

INNISFREE NO SEBUM MINERAL POWDER


1. Sebum control powder that allows for non-greasy, downy baby skin. 
Sebum absorption powder and mineral sebum control powder absorb excess sebum for a bright, downy skin as if presently putting on makeup. 

2. Jeju natural minerals and mint for refreshing control of oil and moisture 
Sebum absorption powder with Jeju natural minerals and mint restores an unhealthy balance of oil and moisture, leaving a refreshing finish. 


3. Absorbing excess sebum and oil for downy makeup and an even skin tone 
Absorbs excess sebum and oil to prevent makeup from becoming patchy, while correcting dull skin tone to keep the skin bright and radiant all day.


Okay, so macam mana pulak nak guna?

CARA PENGGUNAAN
In the last stage of your daily skincare routine or makeup, use powder puff to gently apply onto entire face or sebum concentrated areas

Haa gituuuu. Ada faham? :) Kiranya, bedak ni untuk kawal minyak dekat muka sebab tu nama dia 'no sebum mineral powder'. Dia nak kawal sebum kat muka korang tu. Takde lah berkilat je bila keluar rumah ye idok?

Setakat yang aku dah guna, seriously aku cakap memang tak berkilat seh muka. Even keluar seharian pun, muka tetap maintain kering. Dia bukan kering yang mengelupas tu tau, dia kering yang menunjukkan kurangnya minyak kat muka. Even berpeluh, just lap sikit lepastu okay dah. And now, my mom pun guna. Katanya best bila dia pakai pergi kerja since seharian kat tempat kerja tapi muka maintain tak macam sebelum ni :) So, korang semua should try this kalau muka jenis berminyak atau cepat berpeluh/berminyak hokey. Aku beli ni dekat Hermo, harga dekat Hermo dalam RM19, saiz dia comel je. Mudah untuk bawak pergi mana-mana.





Tengok saiz dia atas tu, kecil je. So, untuk sesiapa yang nak dapatkan produk ni bolehlah cari kat Innisfree atau mana-mana store yang ada jual lah. Tapi nak murah, aku prefer Hermo. This review is not sponsored. Thank you readers. Anything, just comment down below :)
For this product, I give 4.5/5

Tuesday, 20 June 2017

Finally


Assalamualaikum readers.

Ya, lama gila tak menaip dekat blog. Terima kasih semua yang follow walaupun lama tak update. Sibuk dengan final exam. Final exam semester ni agak hectic fuhh. Segala exam amali, presentation, viva semua huhu and finally its done! Congrats to me yeay :)

Masih memikirkan lagi post apa yang aku nak post haha in syaa Allah cuba aku fikirkan. Kalau korang ada idea nak aku post apa, boleh bagitahu k. Post kali ni agak pendek maaflah. Oh, nak promo sikit lah, bagi yang belum like page FB untuk online shop aku, boleh lah support dengan like lepastu share lah dengan kawan-kawan, sedara-mara korang k. FB page tu aku ada letak kat sebelah sana tu eh. One more thing, kalau ada soalan atau any thoughts nak tanya aku atau nak inform aku anonymously, boleh tanya kat akaun sayat.me aku tu. Pun aku letak kat sidebar sana :)

Terima kasih readers, till we meet again! :)

Thursday, 9 February 2017

Review : SKIN FOOD



Assalamualaikum semuaaa!

Cuti-cuti pun lama tak update huhu. Idea kering kontang hahaha hokey harini aku nak update produk yang aku beli. Ni produk skincare actually. Aku ni jarang beli produk skincare tambahan hmm. Tapi kali ni aku beli jugak entah kenapa.

Hokey, produk skincare yang aku beli ni dari Korea, nama yang diberi adalah SKIN FOOD. Aku rasa most of you mesti pernah dengar lagi-lagi kalau awak jenis minat skincare Korea ni. Boleh kata ramai suka produk skincare dari Skin Food ni. Aku pun awal-awal memang tak tahu kenapa dorang suka. Lepas aku tengok video-video review orang, produk Skin Food ni main concept dia untuk hasilkan produk with nutritional values of food. Wah maksudnya dorang ni akan buat produk skincare dorang hanya menggunakan nutri dari buah-buahan/makanan. Kira macam natural product lah.

Lepas berjangkit ke aku, aku pun terjebak untuk beli dan cuba. Bekas dia sangat nice. Hokey sebenarnya aku nak cuba produk ni sebab aku ada sedikit masalah kulit mcm muka berminyak, whitehead lah kan. So nak lah jugak cuba mana tahu kan.




Ok, atas ni lah produk yang aku beli. Basically dia untuk scrub and as mask. 

First adalah Egg White Pore Mask. Yup aku beli sebab muka aku senang berminyak so means pori besar. Jadi aku nak cuba lah egg white mask ni. Dia punya texture sangat creamy-like. Aku rasa macam nak makan hahaha tapi jangan makan k. Dah macam aiskrim aku tengok texture dia. Dia pekat dan senang nak apply as mask. Bau yang sangat harum. Weh serius sedap bau dia huhu.




Nampak tak texture dia? Creamy sangat. Serius senang nak apply kat muka. Egg white mask ni sesuai untuk sesiapa yang ada mengalami pori-pori besar. Boleh cuba. Aku dah cuba dan aku sangat suka dengan hasil dia. Aku rasa muka aku kering tapi bukan kering tak berminyak langsung, dia kering lembap. Just nice.

Cara pakai :
Lepas basuh muka, apply mask ni ke seluruh muka tapi avoid kawasan mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit, then boleh basuh dengan warm water.
Untuk Egg White Pore Mask, aku bagi 4/5

Seterusnya adalah Rice Mask Wash Off dan Black Sugar Mask Wash Off. Awat aku letak sekali? Sebab both act as scrub muka. Beza dia adalah, Rice Mask lebih gentle dan lembut while Black Sugar Mask lebih extreme dan kasar. So, untuk kulit sensitif, aku sarankan korang pakai Rice Mask. Untuk kulit normal yang nak gentle scrubbing pun boleh guna Rice Mask dan kalau kulit normal nak extreme scrubbing boleh guna Black Sugar Mask. Daaan, untuk scrubbing ni korang gunakan dalam 1/2 kali seminggu je hokey. Tak sesuai kalau scrubbing selalu sangat. Orait good! Aku dah try both and the effect was superb sebab kulit aku jadi lembut mulus je. Korang akan rasa asyik nak sentuh muka je. Feel the softness of the face :)


Rice Mask Wash Off

Black Sugar Mask Wash Off


Cara pakai :
Lepas basuh muka, apply mask ni ke seluruh muka tapi avoid kawasan mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit, then boleh basuh dengan warm water.
Untuk Rice Mask Wash Off dan Black Sugar Mask Wash Off, aku bagi 4/5

Orait done! Ni adalah review dari aku. Lain orang lain reviewnya. Effect skincare pun depends on your own face. Ada orang effect cepat, ada orang effect lambat. So sabar. Andd please untuk penjagaan muka, jangan selalu tukar-tukar pencuci muka. Pencuci muka kan main skincare kita so kalau selalu tukar-tukar, risau rosak kulit muka nanti. By the way, take good care of your skin k. That's all. Ada apa-apa soalan boleh komen :) 

Thursday, 19 January 2017

Semester Break


Assalamualaikum gaiss.

Yeah finally sem break is here. Memang semua orang happy bila cuti sem tapi aku lagi dan sangat excited dan happy. Awat? Sebab kos yang aku ambil sekarang ni quite tough huhu. Kitorang susah sangat dapat cuti sebab sibuk dengan klinikal, short sem and exam. Exam pulak penuh dengan exam teori macam biasa tapi ditambah dengan exam amali, exam amali untuk klinikal, viva, presentation untuk klinikal fuhh *lap peluh* tough huhu. Sebab tu bila ada cuti, kitorang lah orang-orang yang happy menggila haha :) Kepada kos lain yang lebih kurang macam kitorang ni, harap bersabar dan jom fighting till end!

Ok, so how's the sem break? Hmm buat masa ni aku masih takde idea plan apa cuma aku sekarang tengah belajar main gitar haha. Saya budak baru belajar, bertanda-tanda jari aku pegang string gitar haha. Setakat ni selain belajar main gitar, keluarga aku just ada plan untuk balik kampung dengan bercuti tapi bercuti tu tak tahu kemana lagi. Aku ingat plan nak ajak kawan/cousins ke taman tema air untuk have fun and enjoy but still plan, tak tahu bila perginya. Setakat ni aku ada pergi tengok wayang dengan mak je :D Tengok cerita Dangal dengan The Icebreaker. Ada masa nanti aku review dua movie tu k.

Korang yg tengah bercuti atau belum bercuti tu, apa plan korang cuti-cuti ni? Share lah :) Ok, tu je setakat ni. Btw, have fun and have a nice day everyone!