Sunday 10 September 2017

Latihan Industri


Assalamualaikum and hi readers!

Huu, lama tak update blog. Sebab? Aku busy sikit dengan intern aku sebelum ni dan sekarang sibuk sikit dengan klinikal aku di hospital serta aktiviti final year aku. Doakan aku berjaya lalui semua ni dengan tenang and grad dgn cemerlang in syaa Allah :)

Okay, post kali ni aku saje nak share sikit berkaitan intern aku yang takdelah lama mcm orang lain sebab program yang aku amik ni memang setiap sem ada klinikal mula dari Tahun 2, so tu mungkin salah satu sebab kenapa kitorang buat intern tak lama. Untuk intern aku ni, aku yang buat pilihan dengan persetujuan parents lah. Aku pilih untuk try hospital swasta utk intern aku dan aku pilih utk buat intern berkaitan dgn pengimejan diagnostik (ni yg berkaitan dgn x-ray etc). Kat mana aku buat LI? Hospital dekat area rumah aku je, senang and mudah nak ulang alik.

Awal-awal punya perasaan, yup, memang aku cuak sebab tak pernah ke situ so tak kenal sesiapa pun kat situ. Yang buat aku senang nak selesakan diri kat sini sebab ada sorang radiographer lelaki ni sangat lah friendly and suka sakat so tak awkward bekerja dgn dia. Dia dgn sorang junior radiographer kat sini, umur dorang 3 dan 4 tahun tua dari aku je. So senang nak rapat. Bila dah beberapa minggu kat situ, alhamdulillah semua staf dgn radiographer semua best gila. Semua senang masuk air lah haha, dorang jarang serius haha. Ada yang dah mcm mak aku, kakak aku dan abang aku je :) 

Cuma SV dia je something sikit tapi boleh lah aku tahan utk jangka masa LI aku ni haha. Dia even perangai gitu dgn radiographer kat situ so haha sabar jelah radiographer semua kerja situ. Bila dah minggu last dgn hari last aku kat situ, radiographer lelaki tu pernah kata "Tak best ah lepasni kau takde, takde orang aku nak kacau/buli", ada jugak dia kata "Kau last study bila? Next year kau apply lah kerja sini", haha serius weh, tipu lah kalau aku kata aku tak sedih nak habis LI walaupun aku happy sebab dah selesai. Dorang dah mcm aku kenal lama, serius rindu. Junior radiographer kat situ pun suruh aku apply situ. Kalau ada rezeki why not kan, in syaa Allah.

So, utk awak yang bakal intern tak kisahlah bahagian mana pun, jangan risau utk pergi LI. In syaa Allah korang akan seronok kenal dgn staf dekat tempat intern tu. Bila intern, of course lah kena be prepared utk ditanya atau dinilai k. But, yang aku boleh cakap sini, enjoy your intern life sbb mana tahu situlah tempat korang kerja nanti. Kalau tak pun, serap segala ilmu dan skills staf kat tempat intern korang utk preparation nak kerja nanti. 

Sorry kalau post ni tak details sangat ke eh. Kalau ada nak tahu apa-apa atau ada soalan nak tanya, boleh komen kat post ni k. Till we meet again reader! :)

1 comment

15 December 2017 at 14:28

good luck athiral ismail

Post a Comment