Thursday, 30 June 2016

Review : Independence Day : Resurgence | Warcraft

Assalamualaikum and hi everyone

Since final dah berakhir, aku dan kawan aku keluar pergi tengok wayang. Haha, konon nak release stress final yang berminggu tu. Kitorang pergi mall yang dekat je dengan area fakulti kitorang, mudah kan. At first, cadangnya nak tengok Independence Day : Resurgence je tapi lepas beli tiket wayang movie tu, kawan aku cadang nak ajak aku tengok Warcraft pula. Hihi aku memang teringin nak tengok Warcraft tapi aku tak ingat pasal movie tu. Kalau aku ingat, aku sendiri yang akan ajak kawan aku tengok hikhik. K, so akhirnya kitorang tengok 2 movie dalam satu hari. Selesai solat asar, kitorang bergegas terus ke KFC nak beli juadah berbuka. Tapaw bawak balik. 

Okeh sedikit intro aku dah buat. Sekarang, masa untuk aku review kedua-dua movie yang aku tengok ni. Mana tahu dapat bagi korang sedikit idea mengenai movie-movie ni (if belum tengok) ataupun korang nak tahu if pendapat korang dengan aku sama atau tak hihi. Okeh jom mula.

INDEPENDENCE DAY : RESURGENCE


Sinopsis :
As the Fourth of July nears, satellite engineer David Levinson (Jeff Goldblum) investigates a 3,000-mile-wide mother ship that's approaching Earth. Fortunately, 20 years earlier, nations across the world started to use recovered extraterrestrial technology to develop an immense defense program. When the alien invaders attack with unprecedented force, the U.S. president, teams of scientists and brave fighter pilots spring into action to save the planet from a seemingly invincible enemy.
Credit to the owner


Bagi pendapat aku, dari segi jalan cerita dia agak lambat. Means that genre filem ni adventure/science fiction, so adventure dia tu ada cuma lambat sikit. Awal-awal agak mengantuk bagi aku lah. But filem ni punya effects memang meletop lah. Aku tengok pun wow! :) Ada aku nampak KLCC jatuh disebabkan kapal angkasa alien tu mendarat dekat bumi tapi sekejap je that moment. Fuh cun giler lah effects dia. Thumbs up untuk effects! Characters dalam cerita tu pun quite banyak, sampai awal-awal aku susah nak catch up siapa tu siapa ni haha. Oh btw antara pelakon-pelakon dia adalah Liam Hemsworth, Bill Pullman, Jeff Goldblum etc. Liam Hemsworth handsome je dalam filem ni haha okeh stop ;) Okeh overall, filem ni biasa-biasa je bagi aku even effects dia meletop kebaboom. Storyline agak kurang satisfied bagi aku. Perhaps lain bagi korang. So bagi yang nak tengok, boleh je tengok then boleh bagi pendapat korang pula. Setiap orang lain pendapat and ada yang tengok dari segi lain. Up to you :)

Untuk filem ni aku bagi 3 out of 5


WARCRAFT


Sinopsis :
Looking to escape from his dying world, the orc shaman Gul'dan utilizes dark magic to open a portal to the human realm of Azeroth. Supported by the fierce fighter Blackhand, Gul'dan organizes the orc clans into a conquering army called the Horde. Uniting to protect Azeroth from these hulking invaders are King Llane, the mighty warrior Anduin Lothar (Travis Fimmel) and the powerful wizard Medivh. As the two races collide, leaders from each side start to question if war is the only answer.
Credit to the owner

Hmm, ada yang aku baca review katanya Independence Day lagi best dari Warcraft. Ehem, lain pula pendapat aku sebenarnya haha. Bagi pendapat aku, Warcraft lagi dan lagi ohsem dari Independence Day tu but as you all know, every movie has its own uniqueness. Tapi kalau nak dibandingkan, Warcraft better. Kalau nak dipilih, aku surely akan pilih Warcraft buat masa ni. Semua pening, kenapa kenapa? Haha okeh, aku kata Warcraft better sebab dia ber-genre action/adventure/fantasy dan action mahupun adventure scene dia sangat cepat. Awal-awal dah nampak adventure dan action filem ni. Yes, aku suka! Thumbs up for this film :) Action scene sentiasa ada fuh best! Untuk effects, aku suka sebab even filem ni antara human dan orc which mean orc tu for sure guna computer tapi aku tak nampak pun. Dia macam real sangat dunia fantasy dengan human tu. Effects dia bagus. Storyline dia pun best sebab pantas scene action/adventure tu haha. Dari segi pelakon pulak, aku sendiri terkejut. Kenapa? Sebab di sebalik muka-muka orc yang ganas tu rupanya ada pelakon yang aku kenal tapi aku tak sangka dia pegang watak paling jahat dan aku benci haha. Siapa dia? Daniel Wu lah. Serius aku terkejut.

Ni lah dia antara pelakon dan watak orc yang dipegang

Daniel Wu yang kanan dan bawah. Okeh haha. Antara pelakon-pelakon lain untuk filem ni adalah Travis Fimmel, Ben Foster, Burkely Duffield etc. Okeh Burkely Duffield pun sangat ohsem dan handsome dalam filem ni tapi watak dia sekejap je haih. Kena tengok baru tahu kenapa sekejap :) So, overall, filem ni sangat best bagi aku. Korang patut tengok tau hihi.

Untuk filem ni aku bagi 4.5 out of 5


Okeh, selesai review aku. Ini bagi pendapat aku sendiri. Kalau bercanggah dengan pendapat korang, tak mengapa sebab setiap orang ada pendapat masing-masing :) Bagi yang belum tengok dua-dua filem ni atau salah satu, korang boleh pergi tengok. Kalau nak guna pendapat aku sebagai rujukan pun boleh, harap dapat bagi sedikit idea bagi sesiapa yang belum tengok k. 

So last sekali, apa pendapat korang mengenai filem ni? Sama ke dengan aku? :) Boleh komen di entri ni eh. In syaa Allah aku baca setiap satu. Terima kasih sudi baca.

8 comments

30 June 2016 at 03:15

wahhh bestnya dah tengok independence tu. saya baru suruh adik download tapi tak sempat lagi nak tengok hihii. ohh siked je ke part klcc tu. hee nak tengok sangat part tu ^^

30 June 2016 at 05:07

Hihi reen pun blum tgk lg.. :D

30 June 2016 at 09:28

@Atieqah ArrOh yeke? Ada sikit je scene tu, itupun nampak tak nampak je sis. Nanti tengok lah filem tu. Mungkin pendapat sis lain ke kan :)

30 June 2016 at 09:29

@Maman ReenOhh, nanti ada peluang bolehlah tengok tapi saya prefer tengok Warcraft kalau belum tengok :)

30 June 2016 at 11:51

Dua dua tak tengok lagi sobsob tp mcm terasa nk tgok warcraft. Thank you for the review :D

30 June 2016 at 12:30

@Alia SyahiraOkeh, jangan lupa tengok warcraft eh :) Best best! Orait, my pleasure alia!

1 July 2016 at 08:56

Tak tgk lagi dua-dua cerita nie huhu .. nanti plan nak tgk warcraft la cz saya minat genre yang more to fantasy and action haha , thanks for sharing :)

1 July 2016 at 09:36

@HASLINDA GANINGOh minat action :) Yup, boleh tengok filem ni. Okeh, my plesure dear ^^

Post a Comment