Monday, 7 March 2016

Segmen Bloglist By Aina



Assalamualaikum and hi readers.


Okay dah lama tak update blog ni, bila dah mula active balik ni terjumpa satu segmen yang comel kiut miut :) So apa kata aku cuba and join segmen ni. Ni segmen yang dibuat oleh adik Aina dan syarat-syarat dia kalau korang tengok tak lah susah sangat. Jadi apa kata korang pun join sekali segmen ni, kan. Jom jom. Bawah ni aku sertakan syarat-syarat dia untuk korang yang nak join k.

Syarat-syaratnya ialah :

 Follow blog Aina
Cupcake mini graphics Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist By Aina"
Cupcake mini graphics Copy banner kat atas tu dan backlink kan ke entry ni.
Cupcake mini graphics Tinggalkan link entry korang dekat ruangan komen.

Segmen ni mula dari 2/3/16 hingga 20/3/16 dan pemenang akan diumumkan pada 21/3/16 

Saturday, 5 March 2016

Result SPM


Assalamualaikum and hi everyone!

Since Khamis lepas adalah hari keluarnya result SPM kan? Siapa yang ada amik result tu Khamis lepas? Zaman aku dah lepas dah beberapa tahun lalu huhu, k aku masih muda chia chia chiaa. Ok jom kita story story sikit pasal SPM dan result sambil sambil aku kongsi sikit pasal kehidupan lepas SPM.

K first sekali, aku ni amik SPM beberapa tahun dulu. Serius cakap aku bukan lah dari kalangan yang genius mcm korang yang lain. Study pun ada subjek yang last minute study, kalau subjek yang minat macam Matematik tu boleh kata tak lah last minute study sebab minat hmm. Result SPM pun alhamdulillah boleh untuk aku lanjut pelajaran ke matrikulasi. Ok, aku tak dapat Form 6 tapi aku dapat tawaran sambung Diploma dengan Matrikulasi. Fuh payah nak pilih sebab dua dua pun okay. So apa lagi, kena buatlah pros and cons dua dua ni. Diploma dapat UiTM program kejuruteraan. K aku sendiri minta kejuruteraan dengan beberapa program lain tapi bila pikirkan balik rasa macam kurang minat pulak dengan kejuruteraan hmm. Then check matrikulasi, alhamdulillah dapat tawaran sambung matrikulasi di Pahang dan dapat sambung dalam sains. Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung dengan matrikulasi sebab nak sambung dalam sains. Cerita mengenai matrikulasi aku ni boleh check post sebelum sebelum ni untuk baca. K agak jauh dari keluarga tapi teruskan jugak haha. Alhamdulillah dapat modul 1. PNGS dengan PNGK sepanjang setahun di matrikulasi pun alhamdulillah atas 3.50. 

After selesai dengan pembelajaran di matrikulasi, untuk sambung degree pulak aku ada minta beberapa program yang aku rasa minat. Kehidupan di matrikulasi serius best dan takkan dilupakan ececeh :) Ada 2 program yang aku minta yang ada interview so kenalah pergi nak taknak pun huhu. Memang cuak tapi okay je alhamdulillah. Last but not least, lama cuti lepas matrikulasi berakhir dengan kemasukan aku ke UKM dan aku masih lagi belajar disini setakat ni dengan program yang sama.

Untuk sesiapa yang baru amik result SPM tu, if korang dapat result with flying colours, it's good for you and congrats. If korang dapat result yang mungkin bagi korang tak cukup ke kurang baik ke, it's okay. Tak bermakna bila cemerlang exam, kita akan cemerlang dalam hidup dan tak bermakna bila kurang cemerlang exam, kita akan gagal dalam hidup. Salah tu. Semua boleh cemerlang dengan usaha masing-masing dan rezeki masing-masing. Jangan putus asa. Ececeh, bukan main aku bagi nasihat ni hihi. 

Apapa pun, best of luck untuk semua yang baca post ni dalam apa jua perkara baik yang korang lakukan sekarang. Chaiyok!

Thursday, 3 March 2016

Review: Cleansing Foam The Face Shop


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lamanya tak update blog ni. Bersawang dah. Antara sebab kenapa tak update adalah mungkin busy dengan 'university stuffs' kot and I've no idea what to post haha. Ok so post harini aku nak review sikit pasal Cleansing Foam by THE FACE SHOP :D

Ok btw produk ni aku sendiri guna. Actually tak lama pun aku pakai produk ni. Lepas guna other products, muka ni macam takde effect apapa sgt lepas guna. So bila my Korean penpal timbulkan pasal face shop ni, terfikir jugak apa yang ada kat face shop ni kan. So teruslah check search bagai haha, tengok mostly kata produk ni okay lah natural lah. Mula dari situ lah teringin nak cuba produk ni. So bila aku keluar dengan my mom kat NU Sentral, singgah lah kejap kat kedai THE FACE SHOP untuk tengok harga and produk dia. Yes harga kalau tengok memang agak mahal kalau bagi aku lah tapi sebab nak try jugak so beli jugak lah untuk cuba. Kalau okay, duit tu berbaloi je.


Credit to owner

Ni lah produk yang aku beli. Harga dia dalam RM20. Dia ada banyak lagi jenis tapi aku pilih aloe sebab macam yang kita tahu, aloe ni kan bagus so aku cuba lah jenis yang ni. Katanya sesuai untuk semua jenis kulit and bau dia wangi sangat untuk aloe ni. Jenis lain tak pasti pulak. 

After guna ni untuk a few days or maybe weeks, alhamdulillah bagus lah produk ni. Muka kurang minyak, kalau ada jerawat pun jarang tumbuh. Segan silu jerawat nak tumbuh haha in syaa Allah. Kulit muka pun boleh rasa licin dan segar sangat :) Kalau ada yang nak cuba, boleh lah cari produk ni kat mana-mana mall. Ada yang minat? Boleh cuba cari dan gunakan :) Setakat ni memang aku guna produk ni kat rumah kat universiti, so kira berbaloi lah duit beli produk ni. Depends pada diri masing-masing. Hope review ni membantu sesiapa yang masih cari nak guna produk cuci muka yang mana eh. 

So, untuk produk ni aku bagi 4/5

Sunday, 30 November 2014

Kolej Matrikulasi Pahang


Picture credit to the owner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Fuhh, lama tak update blog ni. Berhabuk sangat dah *tiup* Sebelum ni rasa nak update tapi tak berjalan tangan ni utk menaip. Bila dah sambung study, dah lupa pasal blog bagai ni. Pikir nak siapkan assignment, prepare utk kelas/kuliah esoknya plus dgn exam/quiz lagi haha. Memang tak pikir pasal blog semua. Eh bebel pulak. Back to the point.

Kalau tengok tajuk, yeah its about KMPh which stands for Kolej Matrikulasi Pahang. Hmm, yeap absolutely. I wanna share apa yang aku lalui di KMPh and apa yang bestnya KMPh ni. Okay, utk adik-adik yang bakal menjadi my junior which will study in KMPh, korang semua mesti nak tahu serba sedikit mengenai kolej ni kan? Okay, jom!

Gambar kat atas tu memang gambar a part of KMPh. Tapi bukan my own picture lah. Ni amik dari pakcik Google. Meh nak cerita pengalaman sikit sambil share apapa patut. Aku tak dapat sambung Form 6 so tunggu hopefully dapat matriks. Dan alhamdulillah dapat matriks Pahang. Agak jauh dari rumah, jarang ni berjauhan dari family. So I kuatkan jelah diri haha. Pendekkan cerita utk pengalaman, masa first masuk tu memang excited plus cuak sebab tak tahu perangai roommates macam mana. Kita akan sentiasa pandang muka roommates so I need the best roommates of course. Alhamdulillah my roommates were great! I love them like seriously. Excited sbb dia little bit lain dari zaman sekolah kan haha. Okay, minggu orientasi was just nice. Letih tu memang lah kan, kata orientasi hmph. Start je minggu pembelajaran, nak kena kenal classmates pulak. First day belajar ada kuliah, so nak kena cari dewan kuliah bagai dgn tak kenal sorang pun classmates siapa haha. Its very tough for me. Nasib jumpa sorang, bila tanya dia kata dia kelas S07 which my class. Full name for my class is 1M1S07. Definitely love this class haha. I went through the life in matriculation dgn happy and enjoy sangat. Ada study, quiz, assignments, exam and presentation, but nevermind it really help us there to score in syaa Allah. Serious you, as my lovely juniors will enjoy staying in KMPh. Serious I miss the moment there. You should too someday when you experience it yourselves. Tambahan sikit, korang adik-adik kena score your semester 1 sbb ia membantu kita masa semester 2. Quiz, assignments semua kena buat, score and hantar sbb tu carry marks korang utk bantu korang score. Like I said, carry marks tu SANGAT MEMBANTU.

Okay done for pengalaman. Now, I wanna share what we have in KMPh. Hehehe lets start!

Ni pintu depan KMPh. Nice kan? Hehe

Perpustakaan KMPh

This is C2 block if I'm not mistaken.
One of the block in KMPh.

Btw, gambar diatas credit to the owner yeah. Okay, my block bila study in KMPh adalah Blok A2. I stay at A2T130 which mean Blok A2, Tingkat/Aras 1 and bilik 30. Alhamdulillah di blok, aku dgn roommate diberi kepercayaan utk menjadi salah seorang organisasi blok iaitu sbg Biro Kebajikan. Apapa pun, yang bestnya dapat aras 1, senang naik turun and air kebanyakannya ada. Jarang aras takde air hee. Aku dapat bilik 'angry bird'. Why nama centu? Sbb bilik tu mcm tadika, penuh dgn kartun angry bird. Kwn masuk pun kata bilik tu lawa hehehe. Blok aku dekat dgn library tp jarang pergi huhu. Masa zaman aku, cafe yang paling ramai and sedap adalah cafe A. Memang ramai. Tiap kali balik kelas, semua pusu ke cafe A. Sbb tu aku kalau balik awal tu kira bersyukur sbb tak payah rebut dgn org ramai. 

Okay, selalu kalau cakap matriks, ramai pikir dekat matriks susah score, laju sangat. Tu tak dinafikan tapi kena biasakan lah. Awal awal memang rasa "Eee geramnya study sini!" tapi lama kelamaan, korang pangkat adik-adik I ni akan rasa best study situ. Pensyarah aku pernah cakap, "Study matriks ni memang laju mcm bullet train." Hahaha, nampak tak tu. Tapi don't worry lah. Korang akan biasa and enjoy stay matriks. Jaga and care pasal pointer korang. Study selalu, jgn ikut I okay haha. Nasihat aku utk my bakal juniors and adik-adik, don't be stress and have fun here! :) Tak paham, terus tanya sesiapa yang adik rasa dia boleh ajar but better your lecturer. Jaga relation dgn pensyarah sbb ada some part, dorang yang bagi markah kat korang. Alhamdulillah aku dapat pointer yang cukup utk aku further study di UKM. Adik-adik pun boleh!

Love, Care, Trust

Sebelum aku sudahi post ni, aku nak minta readers yang Muslim tolong sedekahkan al-Fatihah kepada seorang classmate aku di KMPh merangkap sahabat rapat aku yang telah ke rahmatullah beberapa bulan lalu. Umurnya tak panjang, Allah lebih menyayangi dia. Semoga dia tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dialah sahabat, dialah guru kepada aku di KMPh ini. Sekian.