Saturday 5 March 2016

Result SPM


Assalamualaikum and hi everyone!

Since Khamis lepas adalah hari keluarnya result SPM kan? Siapa yang ada amik result tu Khamis lepas? Zaman aku dah lepas dah beberapa tahun lalu huhu, k aku masih muda chia chia chiaa. Ok jom kita story story sikit pasal SPM dan result sambil sambil aku kongsi sikit pasal kehidupan lepas SPM.

K first sekali, aku ni amik SPM beberapa tahun dulu. Serius cakap aku bukan lah dari kalangan yang genius mcm korang yang lain. Study pun ada subjek yang last minute study, kalau subjek yang minat macam Matematik tu boleh kata tak lah last minute study sebab minat hmm. Result SPM pun alhamdulillah boleh untuk aku lanjut pelajaran ke matrikulasi. Ok, aku tak dapat Form 6 tapi aku dapat tawaran sambung Diploma dengan Matrikulasi. Fuh payah nak pilih sebab dua dua pun okay. So apa lagi, kena buatlah pros and cons dua dua ni. Diploma dapat UiTM program kejuruteraan. K aku sendiri minta kejuruteraan dengan beberapa program lain tapi bila pikirkan balik rasa macam kurang minat pulak dengan kejuruteraan hmm. Then check matrikulasi, alhamdulillah dapat tawaran sambung matrikulasi di Pahang dan dapat sambung dalam sains. Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung dengan matrikulasi sebab nak sambung dalam sains. Cerita mengenai matrikulasi aku ni boleh check post sebelum sebelum ni untuk baca. K agak jauh dari keluarga tapi teruskan jugak haha. Alhamdulillah dapat modul 1. PNGS dengan PNGK sepanjang setahun di matrikulasi pun alhamdulillah atas 3.50. 

After selesai dengan pembelajaran di matrikulasi, untuk sambung degree pulak aku ada minta beberapa program yang aku rasa minat. Kehidupan di matrikulasi serius best dan takkan dilupakan ececeh :) Ada 2 program yang aku minta yang ada interview so kenalah pergi nak taknak pun huhu. Memang cuak tapi okay je alhamdulillah. Last but not least, lama cuti lepas matrikulasi berakhir dengan kemasukan aku ke UKM dan aku masih lagi belajar disini setakat ni dengan program yang sama.

Untuk sesiapa yang baru amik result SPM tu, if korang dapat result with flying colours, it's good for you and congrats. If korang dapat result yang mungkin bagi korang tak cukup ke kurang baik ke, it's okay. Tak bermakna bila cemerlang exam, kita akan cemerlang dalam hidup dan tak bermakna bila kurang cemerlang exam, kita akan gagal dalam hidup. Salah tu. Semua boleh cemerlang dengan usaha masing-masing dan rezeki masing-masing. Jangan putus asa. Ececeh, bukan main aku bagi nasihat ni hihi. 

Apapa pun, best of luck untuk semua yang baca post ni dalam apa jua perkara baik yang korang lakukan sekarang. Chaiyok!

2 comments

8 March 2016 at 18:30

woah rasa terinspirasi pulak lepas baca post sis ni XD saya mohon matrik dan upu sekarang, though upu saya masih konfius nak amik bidang apa >.<

8 March 2016 at 19:41

Hihi alhamdulillah post ni dapat bagi inspirasi :) So, skrg awak dah minta upu dalam bidang apa setakat ni?

Post a Comment