Sunday 9 December 2012

Review: Life of Pi


Assalamualaikum semua. Hopefully everyone is in good condition (:

Harini aku nak tulis tentang Life of Pi :') Apa tu? Okay, Life of Pi ni adalah sebuah cerita or movie yang sedang ditayangkan di pawagam. Movie ni diambil dari sebuah novel yang juga bertajuk 'Life of Pi'. Ia menceritakan tentang kehidupan Pi atau nama sebenarnya, Piscine Molitor Patel yang sering diejek dengan nama 'Pissing Patel' semasa di alam persekolahan. Satu hari, dia terpaksa berpindah ke Canada dan ayahnya ingin menjual zoo milik keluarganya dan binatangnya. Pi dan keluarganya pergi ke Canada dengan menaiki kapal besar. Tiba-tiba, berlaku ribut yang kuat sehingga menenggelamkan kapal. Keluarga Pi mati. Hanya Pi dan beberapa ekor binatang, antaranya ialah orang utan, hyena, kuda belang dan Harimau Bengal, Richard Parker teruskan hidup di laut. Ianya tidak lama dimana kuda belang dan orang utan mati dimakan hyena dan hyena mati dibaham harimau itu. Hanya Pi bersama Richard Parker yang tinggal. Selama 227 hari Pi hidup di laut bersama Richard Parker dan melalui pelbagai rintangan. Apabila tiba di satu pantai, Pi diselamatkan oleh orang berhampiran manakala Richard Parker masuk ke dalam hutan dan menghilangkan diri. Pi meneruskan hidup dan berkahwin. Itulah cerita Pi Patel.

K, aku tengok cerita ni dekat pawagam dengan mak aku. For me, seriously cerita dia best and menyedihkan. Aku bukan sedih pasal orang, aku sedih bila tengok binatang-binatang tu -.- Btw, Harimau Bengal tu memang comel and cute. Alolololo, comel wok. Aku suka tengok dia :') Kalau orang tak suka, tu pendapat dia. Bagi aku harimau tu awesome and comel :*


Tu dia, Richard Parker seekor Harimau Bengal yang comel :') Hehehe. Kalau dia jinak, memang dah lama aku teringin nak bela :p Lol. Aku tahan jeh air mata aku tengok cerita ni. Taknak nangis, haha. *Ego* Kalau 5 bintang, untuk movie ni aku akan bagi 4 setengah bintang. Woahhh! (: Hihi, aku rasa nak peluk jeh harimau tuh. Ergghhh. Geram pulak. Okay lah, daripada aku terus melalut nanti lagi parah :p Cerita ni best dan korang perlu tengok. I love you, Richard Parker si Harimau Bengal :'D

So, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi baca :p Sekian. Assalamualaikum.